EPA_Agama Di Malaysia : Agama Hindu
Negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian agama. Disini. saya ingin menerangkan tentang agama Hindu.
Tema : Agama Di Malaysia
Tajuk : Agama Hindu
PENGENALAN TUHAN
Agama hindu merupakan salah satu agama yang terdapat di negara Malaysia. Agama ini adalah agama yang tertua yang diketahui di dunia, dimana ianya tidak mempunyai pengasas, kitab, mahupun bandar suci yang utama. Mengikut masyarakat India, mereka mempercayai bahawa terdapat 3 tuhan antaramya ialah, Dewa Brahma (pencipta), Dewa Vishnu (pelindung) dan Dewa Siva (pemusnah).
DEWA BRAHMA
Dewa Brahma disebut sebagai Dewa pencipta yang menciptakan alam semesta atas berkah dari Tuhan Yang Maha Esa atau Ida Sang Hyang Widhi Wasa. Beliau memiliki bermacam-macam nama sebutan, di antaranya adalah Atmabhu (yang ada dengan sendirinya), Annawurti (pengendara angkasa), Ananta (yang tiada akhir) , Bodha (guru), Bŗhaspat (raja yang agung), Dhata(pencipta), Druhina (sang pencipta), Hiranyagarbha (lahir dari telur emas), Lokesha(raja seluruh dunia), Prajapati (raja dari segala makhluk), dan Swayambhu (yang ada dengan sendirinya)
DEWA VISHNU
Di dalam agama hindu di jelaskan bahwa dewa vishnu atau kadang di sebut narayana adalah dewa yang bertugas untuk memelihara seluruh alam semesta. Di dalam kitab purana dewa vishnu sering muncul dan menjelma ke dunia untuk menyelamatkan bumi dari kehancuran. Dewa wisnu sering dilukiskan memegang empat benda yang selalu melekat dengannya, iaitu: Terompet kulit kerang atau Shankhya, bernama "Panchajanya", dipegang oleh tangan kiri atas, simbol kreativiti. Panchajanya melambangkan lima elemen penyusun alam semesta dalam agama Hindu, iaitu: air, tanah, api, udara, dan ether.
(Sanatana Dharma, 2013)
DEWA SIVA
Siva merupakan salah satu dewa dalam Tri Murti iaitu tiga kekuatan Sang Hyang Wihdi dalam mencipta, memelihara dan melebur alam beserta isinya. Siva sendiri bererti yang memberikan keberuntungan, yang baik hati, ramah, suka memaafkan, menyenangkan, memberikan banyak harapan, yang tenang, membahagiakan. Siwa adalah dewa yang bertapa dan meyendiri. Ia menyelimuti dirinya sendiri dengan abu mayat sebagai aktiviti pertapaan – sesuatu yang masih dilakukan oleh beberapa pertapa-pertapa Hindu di India saat ini (walaupun bukan lagi abu mayat). Siva digambarkan memiliki empat lengan sebagaimana kebanyakan dewa Hindu lainnya. Dua dari empat lengannya memegang Trisula dan Damaru (drum).
RUMAH IBADAT (KUIL)
KERCAYAAN AGAMA
Kepercayaan agama Hindu ini berasal daripada kepercayaan orang-orang Aryan, iaitu pada zaman ini dikatakan terbentuk kitab-kitab agama Hindu yang disebut sebagai kitab Veda.
Asas Kepercayaan Agama Hindu
Kepercayaan mereka merujuk kepada kitab , antaranya kitab wahyu Sruti dan kitab tradisi Smriti. Mereka juga mempercayai sistem kasta yang membezakan status antara manusia. Kasta-kasta tersebut ialah :
l Brahman (ahli agama)
l Kesateria (raja, pemerintah dan perajurit)
l Waisya (peniaga dan petani)
l Sudra (buruh dan pekerja ladang)
l Paria (golongan yang dipandang hina dan hidup dalam kesusahan)
(Etika Perbandingan Agama, 2020)
PERAYAAN DALAM AGAMA
Hari Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu diseluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bermaksud cahaya dan perkataan “Gavali” yang bermaksud barisan. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
(Devajitadj, 2014)
Hari Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
(Devajitadj, 2014)
Hari Thaiponggal
Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalendar Hindu. Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai. Bulan Thai merupakan bulan ke-10 di dalam kalendar kaum india. Bulan ini, disambut dengan hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran di tahun-tahun akan datang. Bulan Thai juga sangat sesuai untuk perkahwinan.
(Chittirai Puthandu, 2016)
PAKAIAN AGAMA HINDU
Agama Hindu mementingkan penganutnya untuk memakai pakaian yang sopan dan juga bersih. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang tidak mencolok mata. Mereka juga tidak dibenarkan untuk memakai perhiasan yang berlebihan dan mereka juga perlu memakai pakaian yang tidak berjahit untuk ke kuil.
Lelaki
Kurta
Kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
Wanita
Salwar Kameez
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
Sari
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
(Fatin Yusmira, 2017)
Pakaian Perkahwinan Agama Hindu
Pengantin lelaki kebiasaannya akan memakai kurta manakala pengantin perempuan akan memakai sari dan dihiasi inai pada tangan dan kaki agar kelihatan cantik.
MAKANAN AGAMA HINDU
Murukku
Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku diperbuat dengan pelbagai perisa seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin.
Thosai
Thosai ini dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Thosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Thosai ini dimakan dengan pelbagai jenis aluk sampingan, contohnya sambar, sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam, atau daging kambing. Didalam thosai, terdapat kentang dan bawang yang digoreng sehingga rangup.
Idli
Idli adalah salah satu makanan yang terkenal di India. Idli mempunyai banyak jenis, antaranya ialah sanna, rave atau sambar idli. Ia diamakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidangkan dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utama bagi idli adalah vigna mungo dan nasi.
(Femyjunnedyas, 2016)
ADAT RESAM AGAMA HINDU
Setiap agama yang terdapat di Malaysia, pasti terdapat adat resam setiap agama. Berikut adalah adat resam bagi agama hindu iaitu, HAALI merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalung pada leher pengantin perempuan. Disini, saya sertakan pendapat rakan saya yang beragama Hindu.
- ilovehindu.weebly.com
- tentanghindu.blogspot.com
- Hindualukta.blogspot.com
- devajitadj.blogspot.com
- perayaankaumindia.blogspot.com
- pakaiantradisionalmalaysia.weebly.com
- femyjunnedyas.blogspot.com
- kebudayaankaumindia.blogspot.com















Comments
Post a Comment